MAJLIS PELANCARAN TAHUN MELAWAT KELANTAN 2016

Majlis Pelancaran Tahun Melawat Kelantan 2016 – Menyusuri Warisan yang telah disempurnakan oleh YTM. Tengku Mahkota Kelantan pada 18 Muharram 1437H  bersamaan 31 Oktober 2015 di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV.

 

Sumber Informasi Dari : Portal Rasmi Kerajaan Negeri Kelantan

PERTANDINGAN SENI LAGU DIKIR BARAT KELANTAN 2015

Kerajaan Negeri Kelantan melalui Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan telah mengadakan Pertandingan Seni Lagu Dikir 2015 bertempat di Gelanggang Seni, Kota Bharu. Program yang bertujuan mencungkil bakat-bakat baru dalam arena dikir barat ini merupakan acara tahunan. Program yang dahulunya dikenali Anugerah Bintang Seni ini membuka peluang penyertaan kepada warganegara Malaysia mengikut kategori Remaja dan Dewasa. Pertandingan berbentuk nyanyian lagu-lagu dikir ini pernah mencungkil bakat artis tempatan seperti Megat Nordin, Mat Glamour dan ramai lagi.

 

Sumber Informasi Dari : Portal Rasmi Kerajaan Negeri Kelantan.

Pasar Kota Jembal tarikan baru pelancongan di Kelantan

KOTA BHARU – Pasar Kota Jembal yang dahulunya dikenali Pasar Kedai Lalat akhirnya berjaya dibina setelah ianya dirancang sejak tahun 1990-an.

Dengan kos peruntukan keseluruhan termasuk pembelian tanah, Pasar Kota Jembal yang penuh lagenda itu bernilai RM3.2 juta, kesemua peniaga seramai 423 orang dapat berniaga dengan selesa.

Bersesuaian dengan keturunan Raja Jembal, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, diberi penghormatan untuk merasmikan pasar yang bakal menjadi tarikan pelancong itu.

Dengan diiringi 22 orang hulubalang simbolik pentadbiran kerajaan Kelantan ditadbir oleh seorang ulama sejak 22 tahun lalu, Tuan Guru menaiki kereta kuda bermula dari kediamannya di Pulau Melaka.

Read More»

Menarik! 800,000 Kunjungi Kelantan

KOTA BHARU – Hampir 800,000 mengunjungi Kelantan bagi tempoh Januari dan Februari tahun ini yang membuktikan potensi industri pelancongan negeri semakin memberangsangkan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, jumlah tersebut membuktikan keunikan budaya Kelantan mampu menarik kedatangan pelancong ke sini.

Read More»

Mount Stong International Climbathon 2013

Anda gemarkan aktiviti lasak dan mencabar? Ayuh sertai Mount Stong International Climbathon 2013 yang akan diadakan di Gunung Stong, Dabong, Kelantan pada Sabtu 22 Jun 2013. Untuk keterangan lanjut dan borang penyertaan, sila berkunjung ke laman web http://www.stongchallenge.kelantan.gov.my/ atau boleh juga layari FB rasmi http://www.facebook.com/stongchallenge.

© Copyright Sudara Beach Resort - Designed & Hosted by ejoeSolutions | Portal Jawatan Kosong